Laman ini merupakan sebuah koleksi karya seni Kumpulan Ug5C yang telah ditubuhkan di United Kingdom pada 25hb Disember 1995. ![]() Kumpulan ini diasaskan oleh sekumpulan pelajar Undergraduate seramai 5 orang yang menuntut di universiti-universiti di sekitar bandar Cardiff, Wales, United Kingdom. Inspirasi![]() Inspirasi untuk menubuhkan kumpulan vokal tercetus apabila mereka yang mendapat pendedahan Islam melalui pengajian dan perbincangan di masjid-masjid di sana mendapati tiada hiburan yang sesuai untuk golongan yang ingin menjadikan Islam sebagai cara hidup. ![]() Atas kesedaran inilah Ug5C mengambil inisiatif menulis intipati yang diperolehi dari perbincangan pengajian tadi ke dalam bentuk puisi, lagu, skrip pentas dan sebagainya. Melalui pendekatan ini, diharapkan golongan muda dapat memahami konsep-konsep Islam yang disampaikan dalam bentuk hiburan yang berunsurkan didikan. KonsepLagu-lagu yang dinanyikan adalah mengikut rentak nasyid kontemporari malaysia. Bagaimanapun pemilihan rentak, irama dan muzik iringan dilakukan secara bersederhana agar pendengar dapat menghayati maksud yang terkandung dan bukan sekadar alunan lagu. ![]() Karya1.Salam Benua (1997) 2.Keluarga (1997) 3.Life (1997) 4.Dunia (1998) 5.Ilah (1996) 6.Iman Dan Islam (1996) 7.Daawah (1996) 8.Insaflah (1997) 9.Ghuraba' (1997) 10.Layar Hidup (1998) 11.Kehadiranmu (1998) 12.The Call (1998) 13.Munajat (1998) ![]() RakamanUg5C menggunakan konsep "home recording" di mana rakaman di buat di rumah sendiri. Peralatan rakaman seperti drum machine, multi track recorder, effects dan komputer dibeli melalui kutipan dana ahli-ahlinya dan sumbangan rakan-rakan terdekat. ![]() HakciptaUg5C mengalu-alukan penyebaran karya ini dengan syarat ia bukan di atas tujuan komersil. Ug5C berprinsip bahawa nasyid berbeza dengan hiburan biasa kerana ia membawa mesej dakwah dan perjuangan. Ug5C@yahoo.com | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ug5C - Yesterday...Semalam hanyalah kenangan... Zaman remaja zaman keriangan... Hidup bersama irama dan perjuangan... Perjuangan apakah gerangannya itu? "Ug5C-Yesterday..."... more
Ug5C "Anak Soleh"Ug5C 2004 Reunion
|
![]() 07BABAK1.MPG.WMV
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||







